Asal-Usul Valentine Day; Not For Muslim



Sahabat ZADAMEDIA yang baik.  Hari Valentin mungkin sudah masyhur dan sangat akrab ditelinga kita setiap tahunnya. Eheee.. Sebentar lagi nich. namun mungkin masih banyak yang tidak tahu asal-usulnya. Nah kali ini Zadamedia akan mengupas yang Zadamedia bisa. Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, “Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingati. Tetapi dari beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi yang amat popular berkaitan dengannya sebagaimana berikut :

The First
Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom, yaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno (ratu dewa-dewa dan dewi-dewi Rom). Juno adalah Ratu kepada tuhan-tuhan, isteri pelindung Negeri Rom. Beliau juga dikenali dengan nama Hera (Dewi Yunani) iaitu dewi perkahwinan dan kesejahteraan wanita. Hari berikutnya,  tanggal 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia  perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

The Second
Valentin merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana perselingkuhannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St Valentine dan Sant Marius telah mengawinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahasia. Akibat perbuatan tersebut, Santo Valentinos telah ditangkap dan diseret, yang akhirnya dihukum pancung sehingga mati pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cobaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

The Third
Hari perayaan Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkawin dengan pasangannya dari penganut protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkawin dengan penganut Protestan, lebih-lebih lagi paderi wewenangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkawin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri. 

The Fourth
·         Berdasarkan apa yang dinukil oleh Geoffrey Chaucer (1343 – 25 Oktober 1400), seorang penyair Inggris di dalam puisi klasiknya yang bertajuk “Parlement Foules” (1382) berkaitan Burung cinta Chaucer (Chaucer’s love birds) yang mengaitkan Hari Valentine dengan cinta asmara ialah :
“For this was on seynt Volantynys day, Whan euery bryd comyth there to chese his make. “
·         “Untuk ini adalah Hari Saint Valentine, apabila setiap datang burung di sana untuk memilih pasangannya.”
Koleksi puisi Chaucer berkisar tentang budaya dan cara hidup barat yang cuba didoktrinkan kepada masyarakat.

Puisi ini telah ditulis oleh beliau untuk meraikan ulang tahun pertama pertunangan King Richard II dari England Anne di Bohemia. Perjanjian yang membenarkan perkahwinan mereka ditandatangani pada 2 Mei 1381. (Sewaktu mereka berkahwin delapan bulan kemudian, mereka berdua hanya berusia 15 tahun).
·      
  Tanpa ragu-ragu, para pembaca menganggap bahwa Chaucer memaksudkan 14 Februari sebagai Hari Valentine. Persepsi ini adalah salah dan tidak benar. ini kerana pada pertengahan bulan Februari adalah masa yang tidak mungkin sesuai bagi burung-burung untuk mengawan di England. 

  Pendapat ini telah diketengahkan oleh Henry Ansgar Kelly (1986) dalam bukunya “Chaucer and the Cult of Saint Valentine” yang menegaskan bahawa mengikut “liturgical calendar”, 2 Mei ialah hari perayaan Saint Valentine dari Genoa. Ia merujuk kepada seorang biskop purba Genoa bernama St. Valentine yang meninggal dunia sekitar tahun 307 M. Ini bermakna Chaucer telah cuba mendoktrinkan satu tradisi di minda masyarakat yang menghubungkaitkan sambutan Hari Valentine merujuk kepada musim mengawan burung dengan mengambil asas kepada peristiwa memperingati Saint Valentine dari Genoa.


 Sorotan sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual di dalam agama Kristian. dan ini jelas tidak cocok buat orang islam.



Share on Google Plus

About zadamedia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment